AirAsia pindah operasi ke Terminal 1 di Yangon, Myanmar
Bernama
Jun 27, 2016 18:26 MYT
Jun 27, 2016 18:26 MYT
Kumpulan AirAsia akan memindahkan operasinya di Yangon, Myanmar ke Terminal 1 dari Terminal 2 ketika ini, berkuatkuasa esok.
"Penumpang semua penerbangan yang dikendalikan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan AirAsia Thai (kod penerbangan FD) dinasihatkan mendaftar masuk di Terminal 1, tidak berapa jauh daripada terminal lama.
Semua penumpang yang terbang ke dan dari Yangon akan dimaklumkan mengenai perubahan itu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas," kata AsirAsia dalam satu kenyataan.
Malaysia AirAsia mengendalikan dua laluan dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang manakala AirAsia Thai mengendalikan satu laluan dari Bangkok ke Yangon dengan 45 penerbangan seminggu.
#AirAsia Thai
#berkuatkuasa esok
#Kumpulan AirAsia akan memindahkan operasinya di Yangon
#Myanmar ke Terminal 1 dari Terminal 2 ketika ini