AirAsia perkukuh hubungan Malaysia-Jepun perkenal penerbangan ke Fukuoka

Asyraf Roslan
November 29, 2018 15:23 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail bergambar bersama Dr. Makio Miyagawa selepas majlis pelancaran - AirAsia X
Dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Jepun, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, memperkenalkan destinasi terbaharunya iaitu Fukuoka.
Fukuoka merupakan destinasi kelima pilihan syarikat penerbangan tersebut ke Jepun.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata selain memilih Fukuoka sebagai destinasi terbaharunya AirAsia X juga akan cuba meneroka beberapa destinasi lain di jepun selain menjadi penyokong utama dalam sukan Olimpik yang akan datang.
“Saya rasa masih ada beberapa destinasi yang kami belum teroka di Jepun jadi saya berharap dalam masa beberapa tahun ini kita akan memfokuskan kea rah itu di samping menjadi salah satu penyokong utama kepada Sukan Olimpik pada tahun 2020 di Jepun yang merupakan satu sukan yang sangat besar terutamanya di Asia,” katanya.
Duta Besar Jepun, Dr Makio Miyagawa juga menyatakan dia amat bebesar hati usaha AirAsia X dalam memperkukuhkan hubungan baik antara Jepun dan Malaysia.
Fukuoka amat terkenal dengan dengan monumen sejarah seperti Dazaifu Tenmangu Shrine dan Istana Fukuoka yang terletak seiring dengan pusat pembangunan moden dan perindustrian serta pengunjung boleh menikmati aktiviti santai dan sukan air terutamanya musim panas.
AirAsia X, hari ini mengumumkan penerbangan terus baharu eksklusif menghubungkan Kuala Lumpur dengan Fukuoka, Jepun yang akan mula beroperasi pada 28 Febuari 2019.
Tempahan boleh dibuat melalui airasia.com bermula 30 November sehingga 9 Disember 2018 bagi perjalanan antara 28 Februari hingga 28 Oktober 2019 dengan harga RM199 bagi tempat duduk biasa dan RM 799 bagi tempat duduk Premium Flatbed.
#AirAsia #Airasia X #benyamin ismail #Jepun #Kuala Lumpur #Olimpik #penerbangan #Sukan Olimpik
;