AirAsia meterai perjanjian pengendalian darat dengan IAX

Bernama
Julai 2, 2016 09:48 MYT
AirAsia berkata kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak berkongsi sumber, kakitangan dan kepakaran.
AirAsia Bhd bekerjasama dengan PT Indonesia AirAsia Extra (IAX) untuk menyediakan pengendalian teknikal bagi pelepasan pesawat semasa transit di Kuala Lumpur, Johor Baharu, Pulau Pinang,
Kuching dan Kota Kinabalu.
Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian pengendalian darat yang standard pada Jumaat, menurut AirAsia dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
AirAsia berkata kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak berkongsi sumber, kakitangan dan kepakaran serta mengurangkan jumlah pekerja yang akan diambil oleh setiap syarikat.
"Jumlah yang diurus niagakan antara syarikat dan pihak berkenaan serta individu yang mempunyai kaitan dengan mereka untuk tempoh 12 bulan adalah RM116.07 juta," katanya.
#AirAsia #PT Indonesia AirAsia Extra
;