AirAsia membuat tempahan Airbus baharu
Astro Awani
Disember 14, 2012 14:34 MYT
Disember 14, 2012 14:34 MYT
AirAsia telah membuat tempahan baharu dengan Airbus bagi mendapatkan 100 lagi pesawat A320.
Perjanjian pembelian 100 pesawat itu membabitkan kos RM29 bilion.
Tempahan itu diumumkan semasa lawatan Perdana Menteri British David Cameron ke kemudahan pengeluaran sayap Airbus di Broughton, UK.
Cameron telah menyaksikan penandatanganan dokumen oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Fabrice Brtgier.
Kontrak itu mengesahkan semula kedudukan AirAsia sebagai pelanggan syarikat penerbangan terbesar bagi keluarga A320 di dunia.
Tony berkata pesawat tambahan itu adalah sejajar dengan strateginya untuk meningkatkan lagi rangkaiannya yang meluas melalui laluan baharu, meningkatkan kekerapan dan membolehkan AirAsia mengekalkan sebagai peneraju pasaran.
Tempahan baharu itu meningkatkan jumlah tempahan pesawat AirAsia kepada 475 unit dengan 100 daripadantya sudah diterima.