AirAsia India terbangkan 74 peratus penumpang dalam suku pertama
Bernama
April 27, 2018 06:24 MYT
April 27, 2018 06:24 MYT
AirAsia India menyaksikan pertumbuhan sebanyak 74 peratus penumpang pada suku pertama 2018 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas disebabkan oleh peningkatan dalam kapasitinya.
Syarikat penerbangan itu membawa lebih 1.46 juta penumpang antara Januari dan Mac tahun ini dan mencatatkan faktor beban yang lebih rendah sebanyak 83 peratus, syarikat penerbangan itu berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada suku pertama tahun lepas, syarikat penerbangan tambang murah membawa 844,964 penumpang dengan kadar penghunian kerusi sebanyak 89 peratus.
AirAsia India, sebuah usaha sama antara AirAsia Bhd dan Kumpulan Tata, India, memberi perkhidmatan kepada 19 destinasi di benua berkenaan, menggunakan Bengaluru, New Delhi dan Kolkata sebagai hab.
Ia telah menerima pesawat ke-18 bulan ini.
-- BERNAMA