AirAsia didenda mahkamah Melbourne
Astro Awani
Disember 19, 2012 13:41 MYT
Disember 19, 2012 13:41 MYT
Syarikat tambang murah AirAsia didenda AUD200,000 (RM641,320) atas kesalahan gagal memasukkan cukai dan lain-lain caj di laman sesawang mereka.
Mahkamah Persekutuan Melbourne mengenakan denda tersebut selepas mendapati ia melanggar undang-undang peruntukan harga pengguna Australia.
Suruhanjaya persaingan dan pengguna Australia berkata AirAsia gagal menunjukkan harga tambang penerbangan, termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori.
Denda membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu.
AirAsia juga didapati gagal menunjukkan harga sebenar bagi penerbangan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City.
Menurut pengerusi ACC Rod Sims, pengguna mesti mendapat maklumat harga yang tepat dan syarikat penerbangan lain memerlukan persaingan yang adil bagi peletakan harga dalam industri sengit ini di mana pengguna sensitif tentang harga.