AirAsia bakal terbang ke San Francisco dan Los Angeles?
Malik Ridhwan
Januari 18, 2019 07:10 MYT
Januari 18, 2019 07:10 MYT
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia sedia untuk meluaskan rangkaian penerbangannya di benua Amerika Syarikat (AS).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu muat naik di Instagram berkata beliau mempunyai banyak perancangan untuk AS.
"AirAsia akan terbang ke San Francisco dan Los Angeles (tidak lama lagi) dan mana tahu, New York juga," katanya.
Fernandes ketika ini difahamkan berada di AS dalam rangka lawatan kerja di sana.
Pada 2017, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, pihaknya sedia jadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) di Osaka, Jepun sebagai habnya untuk penerbangan ke AS berikutan kejayaan laluan pertamanya ke AS, Honolulu, Hawaii.
#AirAsia
#Airasia X
#benyamin ismail
#Honolulu
#Los Angeles
#New York
#osaka
#San Francisco
#Tony Fernandes