AirAsia alu-alukan pembukaan semula sempadan, bakal umum perkhidmatan baharu

Bernama
Mac 9, 2022 00:10 MYT
AirAsia berkata pengumuman mengenai pembukaan semula sempadan Malaysia akan memberikan rangsangan yang dialu-alukan bagi menyokong kapasiti tambahan dalam kebanyakan pasaran antarabangsa terasnya. -Foto fail/Dagang News
KUALA LUMPUR: AirAsia Malaysia berkata pengumuman mengenai pembukaan semula sempadan Malaysia akan memberikan rangsangan yang dialu-alukan bagi menyokong kapasiti tambahan dalam kebanyakan pasaran antarabangsa terasnya sejajar dengan permintaan terpendam yang kukuh.
"AirAsia mengalu-alukan pengumuman kerajaan Malaysia untuk membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa pada 1 April 2022."
"Walaupun syarikat penerbangan ini mempunyai beberapa perkhidmatan antarabangsa yang sudah beroperasi pada masa ini, pengumuman ini akan memberikan rangsangan yang dialu-alukan untuk menyokong kapasiti tambahan dalam kebanyakan pasaran antarabangsa teras kami sejajar dengan permintaan terpendam yang kukuh," katanya dalam jawapan melalui e-mel kepada Bernama, di sini, pada Selasa.
AirAsia sentiasa mengkaji rangkaiannya yang berkembang berdasarkan beberapa faktor, termasuk permintaan.
"Perkhidmatan baharu akan diumumkan dalam masa terdekat kerana pasaran dunia terus dibuka semula secara beransur-ansur," katanya.
-- BERNAMA
#AirAsia #pembukaan semula sempadan Malaysia #Sempadan antarabangsa #penerbangan