AirAsia akan jual 11 pesawat bernilai US$271 juta, kata Fernandes

Najib Aroff
Mac 20, 2015 12:18 MYT
AirAsia Bhd akan menjual pesawat benilai US$2 bilion (RM7.39 bilion), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes. - Gambar Fail
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata langkah AirAsia memiliki pesawat sendiri berbaloi apabila kelemahan ringgit memihak kepada penerbangan itu.
Ia berbeza dengan penerbangan lain yang menggunakan sistem sewa pajak.
Ia juga bercadang menjual 11 buat pesawat bernilai US$271 juta dengan keuntungan US$45 juta.
Melalui akaun twitternya Tony berkata AirAsia mempunyai 150 pesawat yang dimiliki sendiri.
Tony pada masa sama menafikan khabar angin bahawa syarikat penerbangan berkenaan itu manggunakan pasaran ekuiti untuk merih dana.
AirAsia baru-baru ini mengumumkan pengurangan kepentingannya dalam syarikat perjalanan dalam talian, AAE Travel Pte Ltd (AAE), daripada 50 peratus kepada 25 peratus.
Ia menjual 25 peratus saham kepada Expedia Inc untuk sejumlah US$86.25 juta, memperoleh US$78.76 juta dolar hasil daripada pelupusan itu.
Fernandes juga berkata harga saham AirAsia merupakan saham paling kurang nilai berbanding sebenar dalam kesemua syarikat penerbangan dunia yang matang.
Pada 10.04 pagi, harga saham AirAsia tidak berubah pada RM2.23.
#AAE Travel Pte Ltd #AirAsia #Expedia Inc #Tony Fernandes
;