AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan

Bernama
Julai 12, 2018 20:06 MYT
Riad berkata buat permulaan, syarikat penerbangan itu akan menghubungkan Ipoh ke Johor Bahru, hab selatannya dan berharap dapat menyumbang kepada penambahan bilangan pelawat domestik selain mengukuhkan sektor pelancongan Perak.
AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu.
"Kami teruja memperkenalkan laluan Ipoh dengan tambang rendah dan sambungan yang luas," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.
Beliau berkata buat permulaan, syarikat penerbangan itu akan menghubungkan Ipoh ke Johor Bahru, hab selatannya dan berharap dapat menyumbang kepada penambahan bilangan pelawat domestik selain mengukuhkan sektor pelancongan Perak.
"Kami tidak sabar lagi menyambut penerbangan pertama dari Johor ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh. Kami ada banyak lagi rancangan untuk laluan ini dan akan berkongsi maklumat mengenainya tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
#AirAsia Bhd #domestik #Ipoh #laluan #rendah #tambang
;