AIM ungguli anugerah transaksi MyDebit tertinggi sektor kerajaan
Astro Awani
Julai 21, 2022 18:33 MYT
Julai 21, 2022 18:33 MYT
KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sekali lagi mengungguli anugerah bagi transaksi MyDebit tertinggi (sektor kerajaan), sekali gus membolehkan agensi pembiayaan mikro kredit bagi golongan B40 itu merangkul anugerah “Best MyDebit Merchant".
Ia sempena Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran (MEEA 2022) yang diadakan di ibu kota petang tadi.
AIM berjaya menewaskan beberapa agensi lain di atas kecemerlanganya di dalam pengurusan kewangan tanpa tunai terutamanya dalam segmen pembayaran balik pinjaman mikro kredit oleh Sahabat Usahawan.
Ini merupakan kali kelima AIM menerima anugerah tersebut sejak agensi itu memperkenalkan transaksi MyDebit dalam pengurusan kewangannya beberapa tahun lalu.
Anugerah diterima oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz MEEA 2022 yang disampaikan oleh Pengerusi Payments Network Malaysia (PayNet), Datuk Ahmad Hizzad sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynett, Farhan Ahmad.