Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research

Dagang News
Julai 20, 2024 04:20 MYT
Bahagian pasaran adex untuk penerbitan akhbar di semenanjung Malaysia susut kepada 12.2% pada suku kedua 2024 (2Q24) berbanding 12.7% bagi 1Q24 dan 13.6%, 1Q23. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Perbelanjaan iklan (adex) akhbar sepanjang tahun ini (YTD) kekal lemah dengan bahagian pasarannya mencecah paras terendah baharu sebanyak 12.2%, kata Kenanga Research.
Sedangkan kata firma penyelidikan itu, pada suku pertama 2016 (1Q16), adex untuk akhbar pernah mencecah 52.5% bahagian pasaran.
Menurutnya, bahagian pasaran adex untuk penerbitan akhbar di Semenanjung Malaysia susut kepada 12.2% pada suku kedua 2024 (2Q24) berbanding 12.7% bagi 1Q24 dan 13.6%, 1Q23.
"Bahagian yang lebih rendah itu disebabkan oleh penurunan 13% untuk akhbar pada asas QoQ dan YoY pada 2QCY24.
"Akibatnya, adex akhbar 1HCY24 menyusut sebanyak 4% YoY, kerana perbelanjaan untuk akhbar Cina menurun sebanyak 16% YoY.
"Ini lebih daripada mengatasi pertumbuhan adex untuk akhbar bahasa Melayu (+5% YTD) dan Inggeris (+2% YTD)," katanya yang mengekalkan saranan 'Underperform' sektor media dalam nota penyelidikan hari ini.
Menurut Kenanga Research, trend ini juga dapat dilihat dalam penurunan pengiklanan 1H24 bagi penerbitan utama oleh Media Chinese International Limited (UP; TP: RM0.11) (-6% YoY) sementara akhbar Media Prima Berhad mengalami pertumbuhan pengiklanan sebanyak 4% YTD.
"Walau bagaimanapun, penurunan dalam pengiklanan 1HCY24 bagi akhbar Cina dan Media Chinese juga mencerminkan ketiadaan sumbangan dari akhbar Kwong Wah Yit Poh kerana tiada penghantaran.
"Di sisi lain, pengiklanan STAR mengalami penurunan sebanyak 5% YTD (UP; TP: RM0.314), walaupun rakan sejawat berbahasa Inggerisnya mengalami pertumbuhan," jelasnya.
Sementara itu, Kenanga Research percaya adex Malaysia masih belum keluar daripada permasalahan dengan sentimen pengguna terus tidak menentu mengenai rasionalisasi subsidi bahan api.
"Walaupun kami menjangkakan pemulihan dalam adex FY24, kami percaya bahawa media tradisional tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kerana persaingan sengit dengan media digital.
"Kami percaya bahawa media digital masih memegang kelebihan daya saing utama," ujarnya. - DagangNews.com
#Kenanga Research #adex #akhbar #paras terendah