Abdullah Badawi dilantik Penasihat Petronas

Bernama
Mac 25, 2016 17:41 MYT
Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Kabinet pada 11 Mac lalu.
Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu, berkuat kuasa 1 April ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Kabinet pada 11 Mac lalu.
"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh Kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Petronas hormati keputusan kerajaan mengenai kedudukan Dr Mahathir
Pada 11 Mac lalu Kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
#1 april 2016 #Najib Tun Razak #penasihat petronas #Tun Abdullah Ahmad Badawi
;