IPRICE adalah sebuah perusahaan e-dagang (e-commerce) dengan konsep market aggregator dimana para pengguna dapat menemukan jutaan produk dari pelbagai e-kedai tanpa melawat laman web satu demi satu, menjimatkan masa dan kos.

Iprice juga memberikan berbagai kupon diskaun eksklusif untuk memastikan para pengguna mendapatkan harga terbaik.

Menghemat waktu dan kos adalah sebab mengapa iprice berbeza dari e-degang lainnya.

Ditubuhkan pada Oktober 2014, perkhidmatan iprice didapati di tujuh negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, Thailand dan Hong Kong), memiliki lebih dari 30 juta produk dari 10,000 perniagaan tempatan dan antarabangsa termasuk didalamnya Lazada, Zalora, WearWhatWant, Uber, AirAsia dan banyak lagi.

Berkomitmen untuk memberikan harga terbaik bagi para pengguna, iprice juga membantu perniagaan kecil dan serdehana (PKS) dan berbagai startup tempatan untuk memasarkan produk mereka secara online.

Heinrich Wendel adalah pengasas di sebalik idea cemerlang tersebut. Heinrich seorang lulusan IT dari Jerman yang mendirikan dan memimpin pasukan teknologi iprice untuk selalu berevolusi untuk memenuhi keperluan pengguna secara efektif. Jika anda adalah seorang lulusan IT atau mahasiswa jurusan IT dan bermimpi untuk mendirikan sebuah startup yang berjaya, Heinrich adalah contoh yang terbaik.

Heinrich Wendel

Sejak kecil Heinrich tertarik dengan teknologi dan internet, menurutnya hanya dengan teknologi dan internet boleh sebuah ilham dapat menyentuh jutaan masyarakat di berbagai belahan dunia.

Beliau berkata, jika anda mempunyai satu idea yang hebat untuk produk atau perkhidmatan baru tetapi menggunakan cara konvensional seperti menubuhkan sebuah kedai offline fizikal, anda tidak hanya mengehadkan jangkaan pasaran anda tetapi ia mengurangkan kadar anda untuk berjaya.

Heinrich mengkaji bidang teknologi maklumat dan bekerja dengan syarikat-syarikat terkemuka seperti Google, Pusat Aeroangkasa Jerman dan Microsoft untuk mendalamkan lagi kepakaran, pengalaman dan pengetahuan beliau dalam ilmu komputer. Menurutnya, ilmu dasar yang harus dimiliki seluruh kommuniti IT adalah kemahuan dan kemampuan untuk belajar.

Heinrich memilih untuk bekerja di perusahaan ternama untuk belajar bagaimana cara mereka membaca dan beradaptasi dengan pasar, menggabungkan kemampuan teknikal dengan reality dan memahami perspektif bisnis teknologi dari perusahaan multinasional yang telah mengubah dunia.

“Ilmu teknologi tidak cukup, untuk mendirikan startup anda harus mempelajari selok-belok pasaran dan mengetahui corak perbelanjaan pengguna”


Proses membangunkan Kumpulan iprice

Mimpi untuk mendirikan startup sudah lama dimiliki, di samping menyedari terdapat banyak hal yang harus dipelajari sebelum membuat startup-nya sendiri.

Setelah bekerja lebih dari 8 tahun di berbagai perusahaan terkemuka, Heinrich merasa telah memiliki asas yang cukup untuk membentuk startup.


1. Menentukan Idea Startup

Seperti pertanyaan umum yang dimiliki oleh semua yang bermimpi memiliki startup sendiri:

“Startup apa yang harus saya buat? Dan bagaimana memulainya?”

Berdasarkan pengalaman bekerja sekian lama di Microsoft, Heinrich memiliki berbagai hubungan yang tepat untuk membincangkan ide startup-nya.

Suatu hari Heinrich bertemu dengan Tim Marbach, CEO Asia Venture Group (AVG).

Tim menyatakan bahwa Asia Tenggara baru memulai masa e-dagang dan bisnis ini memiliki peluang yang sangat luas di masa mendatang.

Ilham startup biasa didapat dari diri sendiri (passion) dan idea yang hebat datang ke fikiran apabila membincangkan dengan pihak lain yang telah lama berpengalaman didunia teknologi.


2. Evaluasi Pasar

Setelah mendapatkan gambaran dan ilham dari Tim, Heinrich mulai mempelajari pasar e-dagang di Asia Tenggara. Ia mendapati bahawa Asia Tenggara masih baru dalam penggunaan internet sebagai saluran perniagaan.

Jumlah penduduk yang begitu besar dan beberapa kisah sukses dari e-dagang seperti Lazada dan Zalora dalam waktu singkat merupakan tanda pasar dan maklum balas yang positif dengan potensi dalam industri e-dagang.

“Walaupun kami tertentu ini adalah satu idea yang hebat, kami mendapati ia sangat penting untuk terus bekerjasama dengan orang yang berpengalaman untuk mencari dengan kelemahan dalam idea kami secara cepat dan mencari penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang dihadapi”

“Memahami pelanggan anda dan keadaan pasaran ini adalah penting sebab ia adalah petunjuk besar jika idea perniagaan anda mempunyai potensi besar untuk berjaya sebelum membentuk startup anda”

Kumpulkan data sebanyak mungkin, pastikan bahawa keputusan yang akan anda ambil adalah tepat berdasarkan data.


3. Menemukan Investor

Sembari melanjutkan pekerjaannya di Microsoft dan penilaian ihlam startup-nya, Heinrich akhirnya yakin bahwa e-dagang adalah bentuk startup yang ingin ia dirikan. Kembali menghubungi Tim Marbach, dan Tim setuju untuk memberikan pelaburan untuk menubuhkan iprice.


4. Membentuk pasukan

Heinrich menyadari bahawa dia hanya seorang “Tech Guy”, tidak mahir dalam pengurusan, promosi produk, kewangan, ataupun perhubungan awam

Heinrich mengakui hingga saat ini, dia menghabiskan lebih dari 50 peratus waktunya untuk berinteraksi dengan pasukan bisnesnya dalam perusahaan dan mewawancarai potensi anggota pasukan bisnes baru.

Kini iprice memiliki sekitar 80 pekerja daripada 22 negara yang berbeza. Ketua jualan iprice berasal dari India, ketua pasukan kupon berasal dari Pakistan, Ketua Pegawai Eksekutif berasal dari Republik Czech dan penganalisa perniagaanya dari Amerika Syarikat.


Pesan Heinrich Bagi Para Calon Pendiri Startup

Pastikan bahawa anda memiliki idea yang akan bermanfaat bagi orang banyak, kerana anda akan bekerja lebih dari lapan jam sehari, dan terus menerus memikirkan startup anda.

Namun, jika anda memiliki niat mendirikan startup yang tulus dan bermanfaat bagi banyak orang, ini tidak terasa seperti bekerja, lebih kepada membuat perubahan yang menguntungkan orang lain.

Mendirikan sebuah startup merupakan perjuangan yang tidak mudah, anda harus memastikan segala perkhidmatan yang disediakan untuk para pengguna berjalan dengan lancar dan perubahan adalah sesuatu yang pasti di startup demi mencapai hasil yang lebih baik.

Selamat memulai perjalanan startup anda!