30 hari lagi, siapakah pengganti Zeti?

Nurulhana Ismail
Mac 30, 2016 19:48 MYT
Teka-teki pengganti masih berterusan pada ketika tinggal 30 hari sebelum Tan Sri Zeti bersara. - Gambar fail
Kira-kira 30 hari sebelum Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengakhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara, umum masih berteka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat beliau.
Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi Tan Sri Dr Zeti berhubung enam calon yang disebut-sebut bakal menggantikannya.
Namun beliau enggan ditemu ramah pihak media pada persidangan 'Responsible Finance Summit' di ibu negara pada Rabu.
Enam calon yang disebut-sebut adalah tiga Timbalan Gabenor Bank Negara iaitu Datuk Muhammad Ibrahim, Datuk Nor Shamsiah Yunus dan Dr. Sukudhev Singh.
Manakala tiga calon luar yang disebut adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Siregar Abdullah dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Husin.
Namun pada Selasa, Dr Awang Adek telah meminta agar menghentikan spekulasi bahawa beliau adalah calon bagi jawatan berkenaan.
#Awang Adek Husin. #BNM #Datuk Muhammad Ibrahim #Datuk Nor Shamsiah Yunus #Datuk Seri Abdul Wahid Omar #Dr. Sukudhev Singh #Gabenor Bank Negara #Irwan Siregar Abdullah #Zeti
;