3 sebab utama graduan tidak dapat kerja

Astro Awani
Mac 30, 2013 18:02 MYT
Menuntut gaji yang tidak munasabah, kurang pengalaman dan pengetahuan am antara punca utama kebanyakkan graduan sukar untuk mendapat pekerjaan.
Pengurus Jobstreet.com Malaysia, Chook Yuh Ying berkata, para majikan sering mengelak untuk mengambil pekerja yang memiliki criteria tersebut.
“Mejoriti graduan yang memohon pekerjaan mempunyai kriteria tersebut iaitu meminta gaji yang tinggi untuk jawatan yang mereka pohon,” kata Yuh Ying.
Tambahnya, majikan dilihat lebih tercenderung memilih pekerja yang ada kemahiran dan berpengetahuan berbanding lepasan graduan yang hanya berlandaskan sijil pembelajaran.
“Dua lagi sebab utama mengapa kebanyakkan graduan tidak dipilih menyertai sesuatu organisasi atau syarikat adalah kerana tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik disamping sikap yang buruk,” katanya dengan tegas.
Ikuti laporan penuh menerusi klip video disediakan Astro Awani.
#Choo Yuh Ying #graduan #Job Street
;