3 faktor dorong jangkaan Ringgit suku kedua

Pritha Manivannan
April 20, 2016 09:17 MYT
Ringgit dijangka didagang antara 3.8 hingga 4.0 berbanding Dolar Amerika pada suku kedua tahun ini - Foto AFP/MANAN VATSYAYANA
Ringgit dijangka didagang antara 3.8 hingga 4.0 berbanding Dolar Amerika pada suku kedua tahun ini.
Berikut tiga faktor yang mendorong jangkaan Ringgit bagi suku kedua:
1. Keputusan The Fed
Menurut Ketua Penganalisis Pasaran Forex Time, Jameel Ahmad pemulihan nilai Ringgit ini dijangka didorong keputusan berterusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (The Fed) untuk menangguhkan peningkatan kadar faedah.
Jameel berkata keputusan ini mengurangkan permintaan terhadap Dolar Amerika, seterusnya melemahkan nilai matawang negara Uncle Sam itu.
2. Pemulihan Harga Minyak
Menurut Jameel, pemulihan harga minyak mentah global turut mendorong peningkatan nilai Ringgit.
Ini katanya meningkatkan sentimen pelabur.
3. Kestabilan Risiko Pasaran China
Risiko pasaran China yang semakin stabil merupakan antara faktor yang penting yang mendorong peningkatan nilai Ringgit.
"Penyusutan permintaan Dolar, kelemahan Dolar, pemulihan harga minyak WTI terutamanya apabila ia meningkat lebih daripada USD35, kestabilan risiko pasaran China, kesemua ini bergabung untuk memperbaiki sentimen terhadap pasaran membangun.
"Ini bermaksud sentimen terhadap ekonomi Malaysia juga akan meningkat," kata Jameel.
#jameel ahmad #Ketua Penganalisis Pasaran Forex Time #ringgit #Rizab Persekutuan Amerika Syarikat #The Fed