KUALA LUMPUR: Momentum pemulihan ekonomi negara akan berterusan sehingga tahun hadapan yang menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur berkembang kukuh pada 6%, menurut MIDF Research dalam laporan prospek ekonomi 2022.
Bagi 2021, firma itu mengunjurkan KDNK pada 3.7% setelah ekonomi negara kembali mencatat pertumbuhan negatif -4.5% pada suku ketiga, disebabkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang telah menjejaskan perbelanjaan domestik dan aktiviti perniagaan.
Namun, katanya, ekonomi akan mencatat pertumbuhan yang lebih baik pada suku keempat ini apabila sekatan pergerakan dilonggarkan yang akan menyaksikan aktiviti ekonomi domestik kembali meningkat secara berperingkat.
"Ini akan meneruskan pemulihan pada 2022, tambahan pula perbelanjaan kerajaan akan terus menyumbang secara positif kepada pertumbuhan, dengan mengambil kira pengembangan Bajet 2022 dan peruntukan tinggi bagi perbelanjaan pembangunan.
"Pada masa sama, pertumbuhan permintaan luaran bagi produk elektrik dan elektronik (E&E) dan komoditi akan terus menyokong aktiviti dagangan luar Malaysia pada tahun hadapan," katanya hari ini.
Selain perbelanjaan pengguna yang akan kembali pulih, semua sektor turut dijangka mencatat prospek yang lebih cerah pada 2022.
Malah, MIDF Research turut menjangkakan kadar inflasi akan kekal stabil pada 2.1% tahun hadapan di sebalik gangguan rantaian bekalan global dan kenaikan kos pengeluaran.
"Pada tahun hadapan, kami berpendapat, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.00% pada separuh kedua memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin mengukuh dan inflasi pula kekal stabil," tambahnya.
Setakat ini, hutang isi rumah kepada KDNK merosot kepada 89.6% pada akhir Jun 2021 (berbanding 93.2% pada akhir 2020) memandangkan ramai peminjam menggunakan simpanan mereka ketika pandemik untuk membayar hutang.
"Secara keseluruhan, kami mengharapkan sebarang pelarasan dasar oleh BNM akan memastikan kestabilan pertumbuhan tidak terhalang di samping mengekalkan inflasi dalam kawalan," jelasnya.
Kadar pengangguran 4%
Prospek ekonomi yang lebih baik ini akan terus membantu memperkukuhkan kembali pasaran pekerjaan di Malaysia yang terjejas teruk akibat PKP dalam usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.
"Bagaimanapun, kami menganggarkan kadar pengangguran akan kekal sekitar 4.5% tahun ini, sama seperti tahun lalu.
"Tetapi kadar pengangguran ini dijangka menurun pada 4% tahun hadapan apabila lebih ramai mula memasuki pasaran pekerjaan," jelasnya.
Inisiatif kerajaan seperti JaminKerja, program subsidi upah bersasar dan MySTEP dilihat akan terus menyokong pertumbuhan pekerjaan pada tahun hadapan.
Bagi sektor perladangan dan pembinaan pula, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan bekalan pekerja asing akan membantu mengurangkan masalah kekurangan pekerja yang telah menjejaskan produktiviti tahun ini.
Namun, firma itu berkata, sebarang kenaikan semula jangkitan COVID-19 dan kemunculan varian baharu akan menjadi antara risiko penurunan kepada prospek ekonomi negara pada tahun hadapan.
"Ini sekali lagi akan menjejaskan prospek jangka pendek bagi aktiviti domestik dan juga pengambilan pekerja," katanya.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
MIDF Research menjangkakan ringgit akan mengukuh pada RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2022 berbanding RM4.15 pada akhir tahun ini.
Menurutnya, lebihan akaun semasa yang berterusan dan aliran masuk dana ke Malaysia dijangka akan terus menyokong pengukuhan ringgit pada tahun hadapan.
"Secara umumnya, kami melihat ringgit akan mengukuh disokong prospek pertumbuhan yang lebih baik dan kecenderungan pelabur terhadap pasaran ekonomi baharu muncul termasuk Malaysia.
"Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang akan mengehadkan pengukuhan mata wang tempatan ini, antaranya, pengetatan dasar yang lebih cepat oleh Rizab Persekutuan AS.
"Selain itu, ia turut dipengaruhi dengan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang akan membawa kepada peningkatan permintaan terhadap dolar AS," jelasnya.
KLCI diunjur pada 1,700 mata
Firma itu menganggarkan indeks utama FBM KLCI akan berlegar pada paras 1,700 mata menjelang akhir 2022.
"Berdasarkan perbincangan kami mengenai prospek pasaran dan ekonomi, pada pendapat kami, tema yang akan menjadi tumpuan pada tahun hadapan tertumpu kepada prospek makroekonomi dan akan mencerminkan prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik.
"Namun begitu, kami menyedari mengenai kemungkinan risiko penurunan dalam tempoh terdekat," jelasnya.
Selain itu, menurutnya, tema yang akan menjadi tumpuan pelabur pada tahun hadapan ialah kenaikan harga komoditi secara berterusan.
"Di sebalik jangkaan kami bahawa harga komoditi akan kembali normal pada 2022, tetapi ia masih kekal tinggi," tambahnya.
Dalam kalangan semua sektor, MIDF Research hanya menyemak sektor pembinaan kepada 'neutral' berbanding 'positif' sebelum ini.
Bagaimanapun, ia mengekalkan pandangan positif terhadap sektor automotif, perbankan, pengguna, penjagaan kesihatan, minyak dan gas, perladangan, teknologi, media dan produk perindustrian.
Pandangan neutral pula dikenalkan untuk sektor sarung tangan getah, tenaga, hartanah, REIT, telekomunikasi, penerbangan, logistik dan pengangkutan.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Dec 07 2021
Prospek ekonomi yang lebih baik ini akan terus membantu memperkukuhkan kembali pasaran pekerjaan di Malaysia yang terjejas teruk akibat PKP dalam usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19. - Gambar hiasan
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Pemulihan sektor pembuatan akan didorong kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023.
PM China seru anggota G20 utamakan aspek pembangunan
China akan terus bersinergi dengan semua pihak secara terbuka dan inklusif untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan dan kemakmuran global.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada hari ini disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik daripada jangkaan yang menyokong sentimen serantau.
SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih
Inisiatif pengurangan kompaun itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal.
Prestasi ekonomi China lepasi jangkaan
KDNK China mencecah RMB28.49 trilion (kira-kira RM18.36 trilion) pada suku pertama 2023, menokok 4.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF
Ekonomi China yang kian pulih diyakini mampu menyumbang satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023.
Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas
Selain menjejaskan rantaian bekalan, sektor pelancongan juga bakal menerima impak buruk akibat tragedi itu.
Henti berpolitik, sekarang masa kerajaan baharu bekerja selesai isu rakyat - Saifuddin Nasution
Fokus utama kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan menyelesaikan isu pemulihan ekonomi.