1MDB sudah melangsaikan hutang RM3.6 bilion, kata Arul Kanda

Astro Awani
Jun 9, 2015 10:36 MYT
1MDB sudah membayar sepenuhnya hutang sebanyak RM3.6 bilion (AS$975 juta) kepada konsortium bank antarabangsa, kata Arul Kanda.
Syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan sudah membayar sepenuhnya hutang sebanyak RM3.6 bilion (AS$975 juta) kepada konsortium bank antarabangsa.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengesahkan pembayaran tersebut mencerminkan komitmen syarikat mengurangkan jumlah hutangnya, selaras dengan pelan rasionalisasi yang diumumkan kabinet.
Kementerian Kewangan pada 29 Mei lalu mengumumkan pelan rasionalisasi oleh 1MDB untuk melangsaikan jutang berjumlah RM3.6 bilion kepada konsortium bank antarabangsa.
Awal bulan ini, Arul Kanda menafikan dakwaan yang syarikat tersebut telah melakukan pemindahan dana kepada pihak ketiga.
#1MDB #Arul Kanda #hutang
;