1MDB setuju terhadap permintaan timbang tara difailkan IPIC
Bernama
Julai 11, 2016 23:48 MYT
Julai 11, 2016 23:48 MYT
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini bersetuju terhadap Permintaan Timbang Tara (RFA) yang difailkan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar).
1MDB yakin dengan kedudukannya dari segi undang-undang dan telah menyerahkan maklum balas rasmi serta kukuh terhadap RFA tersebut melalui penasihat undang-undangnya, Weil Gotshal & Manges (Weil Gotshal), pakar litigasi antarabangsa, menurutnya dalam satu kenyataan.
1MDB mengulangi bahawa, walau apa pun pertikaian dengan IPIC, ia akan terus melaksanakan pelan rasionalisasi dan kekal dapat menunaikan tanggungjawab hutang semasanya.
Bulan lepas, 1MDB melaksanakan pembayaran kupon RM1.579 juta bagi sukuk Bandar Malaysia RM2.4 bilion, tempoh matang 2024.
Pada Mei, 1MDB juga membuat pembayaran kupon berjadual berjumlah RM143.75 juta, bagi Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) RM5 bilion berkadar 5.75 peratus, yang matang pada 2039.
#1Malaysia Development Bhd
#Aabar Investments PJS
#International Petroleum Investment Company
#Permintaan Timbang Tara