1MDB: Perolehan aset tidak didorong oleh agenda politik

Astro Awani
Jun 23, 2015 13:46 MYT
1MDB berkata, Dr Mahathir tidak pernah mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya - yang RM42 billion hilang daripada 1MDB.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan mana-mana pihak yang menyatakan perolehan asetnya didorong oleh agenda politik.
Dalam satu kenyataan media, 1MDB berkata, "Seperti yang kami menyatakan sebelum ini, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin bahawa aset itu mempunyai nilai jangka panjang.
"Bagi mereka yang menyatakan bahawa perolehan aset kami didorong oleh pertimbangan politik semata-mata adalah palsu.
"Pada hakikatnya semua tohmahan sedemikian adalah pengulangan tuduhan lama yang dilakukan oleh pihak yang sering membangkang kerajaan termasuk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad."
Menurut kenyataan itu lagi, Dr Mahathir tidak pernah mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya – yang RM42 billion hilang daripada 1MDB.
"Tuduhan-tuduhan ini tidak mempunyai asas dan tidak mempunyai sokongan bukti. Realitinya, hutang RM42 billion itu dibayar dengan aset bernilai RM51 billion.
"1MDB juga melihat pandangan jangka panjang apabila melakukan sesuatu transaksi nilai," kata 1MDB sambil membidas laporan Wall Street Journal yang menyatakan syarikat pelaburan itu terlebih bayar untuk perolehan aset.
BACA: Permohonan cadangan bagi bandar Malaysia sedang diuruskan, kata 1MDB RE
BACA: 'Kenapa Tun M tak letak jawatan semasa negara ada 'problem' dulu?' - Tajuddin
1MDB juga berkata portfolionya kini terdiri daripada 13 loji kuasa di lima negara, bersama-sama dengan hak untuk membina lebih kilang gas dan kilang solar.
"Hari ini, Edra Energy merupakan pengeluar tenaga kedua terbesar di Malaysia, dan yang terbesar di Mesir dan Bangladesh yang juga mempunyai operasi tambahan di Pakistan dan United Arab Emirates," tambah 1MDB.
#1MDB #Mahathir Mohamad #RM42 billion #Wall Street Journal