1MDB nafi dakwaan media mengenai permindahan dana

Bernama
Jun 8, 2015 06:57 MYT
1MDB menafikan bahawa ia pernah membenarkan sebarang pemindahan dananya kepada pihak ketiga.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan bahawa ia pernah membenarkan sebarang pemindahan dananya kepada pihak ketiga, selain daripada penerima manfaat yang diperuntukkan.
Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy berkata syarikat itu memandang berat pelbagai dakwaan dalam laporan perniagaan mingguan sebuah penerbitan.
Beliau juga berkata 1MDB telah berkongsi maklumat berkenaan dengan Ketua Audit Negara dan Bank Negara Malaysia mengenai dakwaan itu untuk semakan lanjut dan siasatan.
#1MDB