1MDB nafi biayai Red Granite Pictures
Bernama
April 4, 2016 09:47 MYT
April 4, 2016 09:47 MYT
1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, ia tidak pernah melabur atau memindahkan dana kepada Red Granite Pictures, sama ada secara langsung atau melalui orang tengah.
Mana-mana kenyataan yang bercanggah dengannya adalah palsu, katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Oleh itu kami menafikan sebarang andaian yang 1MDB telah membiayai penerbitan The Wolf of Wall Street atau mempunyai sebarang pembabitan dengan filem itu dalam sebarang kapasiti, sebagaimana dituduh atau dikaitkan oleh sesetengah laporan media baru-baru ini," katanya.