1MDB lunas RM3 billion baki pinjaman Powertek Investment Holdings

Astro Awani
April 1, 2016 08:06 MYT
Kemudahan itu ditandatangani pada Mei 2014 bersama sekumpulan bank yang diterajui Maybank. - Gambar fail
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini memaklumkan sebuah anak syarikatnya, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, telah telah berjaya melunaskan sepenuhnya baki RM3 bilion pinjaman bersindiketnya yang berjumlah RM3.5 bilion.
Kemudahan itu ditandatangani pada Mei 2014 bersama sekumpulan bank yang diterajui Maybank.
"Pinjaman itu sudah diselesaikan sepenuhnya, malah lebih awal daripada tarikh matang asal iaitu Mei 2024 yang menjadi sebahagian kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB," kata 1MDB dalam satu kenyataan, hari ini.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Arul Kanda #Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara #PAC #Parlimen #Powertek Investment Holdings