1MDB lancar proses jualan tanah Pulau Indah
Bernama
September 21, 2015 16:34 MYT
September 21, 2015 16:34 MYT
1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses tender jualan tanah dengan keluasan 128.7 hektar di Pulau Indah, Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata ia melantik Savills (M) Sdn Bhd sebagai penasihat dan menyediakan memorandum maklumat terperinci untuk pengagihan.
"Pembeli berpotensi yang mempunyai kelayakan yang sesuai dipelawa mendaftarkan minat mereka dengan Savills (M) bagi proses tender ini," katanya.
Tanah 1MDB di Pulau Indah, Mukim Klang, Selangor, itu adalah di tapak pembangunan tunggal yang besar.
Ia terletak bersebelahan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan pembangunan industri yang lain.
Jualan tanah tersebut merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.
Sementara itu, 1MDB juga berkata keseluruhan pelan itu berjalan lancar, dengan pembida yang disenarai pendek pada masa ini menjalankan proses kajian terperinci bagi Edra Energy dan Bandar Malaysia.