1MDB buat bayaran tranche kedua penuh kepada IPIC

Bernama
Ogos 30, 2017 22:02 MYT
Dana pembayaran itu adalah hasil program rasionalisasi berterusan yang dilaksanakan 1MDB. -
1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran tranche kedua secara penuh, yang dijadual pada tarikh akhir 31 Ogos, 2017 kepada International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC).
"Pembayaran itu adalah tertakluk kepada pindaan bertarikh 8 Ogos, 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC," menurut 1MDB dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dana pembayaran itu adalah hasil program rasionalisasi berterusan, menurutnya.
-- BERNAMA
#1MDB #International Petroleum Investment Company #IPIC #tranche kedua
;