10 intipati utama laporan kewangan Petronas 2015

Astro Awani
Februari 29, 2016 17:57 MYT
Pada 2016 sahaja, perbelanjaan modal dan operasi dikurangkan sebanyak RM15 bilion hingga RM20 bilion-Foto EPA
Menurut Bernama, berikut ialah inti pati keputusan kewangan syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015.
1. Untung sebelum cukai susut 53 peratus kepada RM36.68 bilion berbanding RM77.69 bilion pada 2014.
2. Hasil susut 25 peratus kepada RM248 bilion berbanding RM329 bilion sebelumnya.
3. Petronas mengekalkan pembayaran dividen RM16 bilion kepada kerajaan tahun ini.
4. Pada 2016 sahaja, perbelanjaan modal dan operasi dikurangkan sebanyak RM15 bilion hingga RM20 bilion.
5. Pengurangan dalam perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi dalam tempoh empat tahun akan datang berjumlah RM50 bilion.
6. Unjuran harga minyak kekal rendah pada 2016 dan perancangan akan berasaskan pada harga andaian US$30 setong.
7. Projek RAPID berjalan mengikut jadual, namun projek LNG2 terapung Petronas akan di susun semula ke tarikh lain daripada yang dirancang.
8. Struktur baharu organisasi akan berkuat kuasa 1 April.
9. Paras nisbah hutang pada 16 peratus, jumlah aset bernilai RM592 bilion, pinjaman sebanyak RM57.9 bilion.
10. PETRONAS akan meneruskan komitmen ke atas penajaan F1 dengan Mercedes sehingga 2017.
#Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin #Dividen Kerajaan #keputusan kewangan #Petronas
;