1,420 pulang melalui program 'Returning Experts'

Astro Awani
Disember 12, 2012 12:55 MYT
Seramai 1,420 orang modal insan berkualiti negara pulang ke tanah air melalui program 'returning experts' yang telah diambil alih TalentCorp sejak Januari 2011.
Bilangan tersebut jauh lebih tinggi berbanding 1,130 orang yang dilulus untuk kembali sejak 10 tahun lalu.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk SK Devamany, angka itu menandakan keberkesanan TalentCorp dalam menjadi pusat sehenti untuk menarik modal insan negara yang bekerja di luar negara.
Tambahnya kebanyakkan mereka kini bekerja di bawah beberapa bidang utama khususnya perkhidmatan, kewangan dan minyak dan gas.
Tambahnya berdasarkan laporan Bank Dunia, daripada lebih sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, seorang daripada setiap tiga orang mereka mempunyai kepakaran tinggi.
TalentCorp telah merangka beberapa inisiatif untuk menangani masalah 'brain drain'.
Antaranya membangunkan modal insan berkemahiran tinggi daripada beberapa golongan rakyat Malaysia, iaitu dari dalam negara, luar negara dan tenaga mahir asing.
#Datuk SK Devamany #Returning Experts #TalentCorp