Tangguh sesi persekolahan bukan satu keseronokan - NUTP

Wan Syamsul Amly
Disember 29, 2014 14:35 MYT
NUTP: Tangguh buka sekolah bukan satu keseronokan. -Gambar fail
Keputusan Kementerian Pendidikan untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 dilihat sebagai tempoh persediaan khusus bagi sekolah di negeri-negeri yang dilanda banjir.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, ia bukanlah masa untuk berseronok, sebaliknya untuk merenung dan menginsafi nasib pelajar yang terlibat dengan bencana yang menimpa di beberapa negeri di tanah air.
"Cuti seminggu bukan keseronokan, tetapi satu tempoh persediaan untuk sesi persekolahan 2015 yang lebih mantap selepas banjir.
"Kepada sekolah yang tidak terlibat, haruslah bersimpati dengan nasib mereka yang terkena bencana banjir.
"Kita turut berharap semua bajet kementerian yang diumum untuk sekolah diberi keutamaan kepada sekolah yang dilanda banjir.
"Mana-mana sekolah yang kritikal perlu diperbetulkan dahulu. Kita harap masa satu minggu yang diberi tambahan cuti ini digunakan sepenuhnya kepada kepada sekolah berkenaan untuk permulaan proses baik pulih selepas bencana," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hashim mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 pagi tadi.
Dalam pengumuman itu, permulaan sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
Kata Hashim, tindakan Muhyiddin itu sekali gus membuktikan sifat prihatin pemimpin yang memahami kehendak masyarakat terutama yang terjejas akibat banjir.
"Kita juga maklum banyak sekolah yang dijadikan pusat pemindahan dan penempatan banjir. Kita juga perlu memahami banyak peralatan sekolah juga musnah akibat banjir," jelasnya.
Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua, Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Selangor, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah berkata, penyelarasan penangguhan ke semua sekolah dilihat sebagai keputusan terbaik.
Menurutnya, ia memberi ruang dan peluang kepada sanak saudara yang tidak terlibat dengan bencana untuk sama-sama membantu menggembleng tenaga memberi sokongan dan dorongan kepada ahli keluarga mereka yang ditimpa musibah memulakan kehidupan baru.
"Sekiranya penangguhan hanya dibuat di negeri yang terlibat dengan banjir, ini juga akan menyebabkan pelajar berkenaan ketinggalan pelajaran.
"Guru-guru pula akan mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan mengajar terutamanya guru-guru yang mengajar di sekolah yang terlibat dengan banjir.
"Ini penting kerana sudah tentu sekolah yang dilanda banjir mempunyai masalah kemudahan infrastruktur yang meruncing ditambah dengan pelajar yang hadir dengan emosi yang lemah dan trauma yang belum berkesudahan," jelasnya.
Sementara itu di pengguna laman Twitter mula menyatakan perasaan mereka terhadap pengumuman penangguhan buka sekolah berkenaan.
Ada yang meluahkan rasa gembira.

Bangun tidur then dpat berita cuti sekolah tambah lagi seminggu. Yeayy.

— Tengku Adha (@adhazali) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untungle dak sekolah tambah lagi seminggu cuti enjoy selagi boleh /p>— (@anighani_) December 29, 2014

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

wait wot. Cuti sekolah another week? Another week of empty roads yay!

— Kenn Leandre (@kennleandre) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga menzahirkan rasa sedih dan menyifatkan ini bukan masa untuk bergembira namun tempoh untuk menyatakan rasa simpati kepada mangsa banjir selain ada juga yang tidak kisah dengan penangguhan berkenaan.

Cuti sekolah dilanjutkan, bukan masa nak Yahoooooooo bagai. Mohon bersimpati.

— Emas Putih (@EmasPutih90) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

bertambah mereputlah aku dlm rumh bila dgr cuti sekolah tambah lg seminggu . sbb banjir

— NF (@scdird) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Who cares cuti sekolah extend ? cause i'm not a student anymore.

— Ariff. (@ariffzfdhli) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara ada juga pelajar kolej yang mahu kementerian berkenaan menilai semula sesi pengajian mereka di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) agar turut ditangguhkan.

Cuti sekolah extend, what about college?

— Uyiiiiinn(@UyinnBrooks) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untunglah cuti sekolah tangguh seminggu . Final exam tak tangguh , cuti sem taknak extend ke ?

— M.A (@MyraAzureen) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

assalamualaikum @najibrazak . sekolah je ke yang cuti? Universiti tak cuti?

— zulfiqarzknain (@zulfiqarzknain) December 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga Isnin, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.
Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa.
#2015 #banjir #cuti #MAPIM #NUTP #sekolah #tangguh #Twitter
;