Sekumpulan anak babi hutan diselamatkan dari terus hanyut

Astro Awani
Disember 29, 2014 22:08 MYT
Sekumpulan anak babi hutan diselamatkan dari lemas dihanyut arus deras
Bukan sahaja penduduk yang terjejas banjir dipindahkan ke lokasi selamat, namun hidupan liar turut mencari tempat berlindung.
Ia berlaku apabila habitat haiwan tersebut turut ditenggelami air.
Wakil Astro AWANI ketika membuat tinjauan situasi banjir di daerah Pekan, lensa kamera tertumpu pada sekumpulan anak babi hutan yang kelihatan ketakutan sedang menyelamatkan diri ke lokasi selamat.
Malangnya kesemua haiwan itu terjatuh ke dalam sebuah longkang yang dipenuhi air yang deras.
Atas dasar kemanusiaan, seorang penduduk sanggup mencari kayu untuk menyelamatkan haiwan berkenaan dari terus hanyut dan lemas.
Namun malang bagi salah seekor daripada anak babi hutan itu apabila ia lemas kerana dihanyutkan arus deras.
Walaupun dalam keadaan terdesak, namun apa sahaja nyawa yang berada dalam kesusahan, harus diselamatkan.
#babi hutan #banjir #Pahang #Pekan