Rosmah lawat mangsa banjir di Gua Musang

Astro Awani
Januari 18, 2015 11:24 MYT
Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan sebahagian mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Dabong. - Foto BERNAMA
Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor bersama rombongannya meluangkan masa melawat mangsa banjir di daerah Gua Musang, Kelantan, pada Ahad.
Beliau yang tiba pada pukul 12.20 tengahari dengan helikopter di Pusat Sivik Gua Musang, terus membuat lawatan ke penempatan sementara mangsa banjir di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani dan khemah sementara di Bandar Utama.
Dalam lawatan ini, Bakti menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 1,500 mangsa banjir bagi Parlimen Gua Musang.
Rosmah bersama rombongannya turut melawat mangsa banjir di Dabong, Kuala Krai dan mengakhiri lawatannya di Tanah Merah.
#banjir #Gua Musang #mangsa #Pusat Sivik Gua Musang #Rosmah Mansor