Perdana Menteri tiba di Kelantan bagi memantau situasi banjir

Astro Awani
Disember 27, 2014 09:58 MYT
Perdana Menteri sedang meninjau keadaan banjir di Kelantan. - Foto Twitter @NajibRazak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak arahkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mangsa banjir dipercepat ke pertengahan Januari depan.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat susulan bencana banjir negeri itu.
Pengumuman tersebut dibuat sejak beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan pukul 1.40 petang tadi bagi mendengar taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi semasa banjir di Kelantan.
Selain menerima taklimat, Najib mempengerusikan mesyuarat bersama MKN, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana, kerajaan negeri dan pasukan bantuan kecemasan untuk menetapkan langkah baharu dalam memberi sokongan kepada mangsa banjir.
Najib yang sebelum ini berada di luar negara, menerima perkembangan terkini berkenaan situasi banjir setiap hari.
Ketika di luar negara, beliau juga sentiasa berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Kebangsaan melaksanakan usaha membantu mangsa.
Dalam pada itu, Najib yang dipetik melalui Twitternya, didapati telah mengarahkan semua agensi yang terbabit dalam misi bantuan agar memastikan bekalan makanan dan perubatan sampai kepada mangsa banjir tanpa sebarang kelewatan.

Saya mahu semua agensi terbabit pastikan bekalan bantuan seperti makanan dan ubat mesti sampai kepada mangsa banjir tanpa lengah.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya difahamkan bahawa keadaan banjir semakin teruk. pic.twitter.com/i1KXPhTcu3

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terbaru, Najib menghadiri sesi taklimat MKN mengenai situasi banjir yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat.

PM Najib Razak mendengar taklimat situasi banjir bersama @Mustapa_Mohamed dan MB Kelantan Datuk Ahmad Yaakob. - Admin pic.twitter.com/tVmzFkhK6H

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perdana Menteri Najib Razak melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat. - Admin pic.twitter.com/3kLgC6S6Lk

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Alor Setar #banjir #Kedah #Kelantan #Muhyiddin Yassin #Najib Razak #Pahang dan Perlis #Perak #terengganu