Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai kira-kira 1,000 jemaah mengerjakan solat hajat selepas solat Jumaat di Masjid Al Makmur, Kem Batu 10 di sini bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar musibah banjir berkurangan.
Solat hajat yang diimamkan Imam 3 Masjid Al Makmur Mohd Anuar Khazizi itu turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Mohd Anuar dalam khutbah Jumaat sebelum itu meminta umat Islam di negeri ini supaya reda dan tabah dalam menghadapi ujian ini lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang perlu membuat persiapan persekolahan anak mereka.
Beliau kemudian mengumumkan kutipan derma daripada orang ramai selepas solat Jumaat itu akan diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Kuantan.
Selesai menunaikan solat, Muhyiddin beredar ke Wisma Negeri di sini untuk mendengar taklimat banjir.
Di Kuching, solat hajat turut diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Petra Jaya sejurus selepas solat Jumaat, memohon kepada Ilahi agar banjir besar yang melanda beberapa negeri ketika ini segera pulih.
Dalam doanya, Imam Besar Masjid Negeri Datuk Joji Suhaili yang mengimamkan solat hajat itu turut menasihati orang ramai agar mengambil iktibar daripada bencana yang melanda, di samping mengukuhkan keimanan, dan sentiasa bersabar serta bersyukur dalam apa jua keadaan.
Terdahulu khutbah yang disampaikan oleh beliau turut menyuarakan rasa simpati kepada mangsa bencana, di samping bersyukur kerana Sarawak sehingga kini terhindar daripada sebarang musibah besar.
Di Seremban, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat bersama lebih 1,000 umat Islam di Masjid Negeri di sini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan yang terjejas teruk akibat bencana banjir.
Turut bersama baginda, kedua-dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al'Abidin Tuanku Muhriz.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Selamat Paigo berkata solat hajat hari ini turut diadakan di semua masjid di negeri ini.
Di TERENGGANU, Masjid Abidin yang dikenali sebagai masjid putih di Kuala Terengganu turut mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan negara berikutan banjir besar.
Solat hajat itu yang diimamkan Imam Besar Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz disertai kira-kira 500 orang.
Solat hajat turut diadakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini yang diimamkan Ustaz Mohd Bukhari Muhammad dengan disertai kira-kira 1,500 orang.
Di akhir solat, semua jemaah mengaminkan doa agar mangsa banjir yang ditimpa musibah tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.
Bernama
Fri Dec 26 2014
![Muhyiddin solat hajat bersama jemaah mohon musibah banjir berkurangan Muhyiddin solat hajat bersama jemaah mohon musibah banjir berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51419599561_295x200.jpg)
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai kira-kira 1,000 jemaah mengerjakan solat hajat selepas solat Jumaat di Masjid Al Makmur, Kem Batu 10. -Foto Bernama
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720230443_tbUNhumanitarians.jpg)
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
![Hujan lebat di China semakin memburuk Hujan lebat di China semakin memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230373_FloadHebei.jpg)
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
![Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719911403_TBbanjirSabah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
![Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719957920_BanjirSabah.jpg)
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
![Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
![Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719795344_APM.jpg)
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.