Mangsa banjir hilang dokumen penting diberi gantian percuma - Ahmad Zahid Hamidi

Bernama
Disember 31, 2014 13:40 MYT
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka boleh membuat gantian itu di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), apabila keadaan banjir pulih kelak.
Mangsa banjir yang kehilangan sijil kelahiran, kad pengenalan atau lain-lain dokumen pengenalan diri akibat bencana itu akan diberikan gantian secara percuma.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka boleh membuat gantian itu di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), apabila keadaan banjir pulih kelak.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang awam boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, JPN di talian 03-88807077, 03-88807067, 03-88807069 dan 03-88808206 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kementerian menerusi jabatan serta agensi di bawahnya telah mengambil tindakan segera membantu mangsa banjir yang berhadapan situasi sukar akibat bencana alam itu.
Katanya, ia dilakukan menerusi gerak kerja Jabatan Pertahanan Awam, penglibatan sukarelawan Jabatan Imigresen, penyelarasan dan kawal selia oleh Polis Diraja Malaysia serta khidmat sokongan dan bantuan jabatan dan agensi lain.
#Ahmad Zahid Hamidi #banjir #kad pengenalan #sijil kelahiran
;