Juruterbang dan kru selamat dalam kemalangan helikopter, kata Khalid

Astro Awani
Disember 31, 2014 20:28 MYT
Khalid menyatakan bahawa dua juruterbang dan dua krew helikopter berada dalam keadaan selamat. - Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi melalui Twitternya mengesahkan tentang insiden sebuah Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.
Dalam insiden pendaratan cemas tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Menurut laporan, kejadian berlaku di kawasan perumahan Kursial.
Helikopter tersebut sedang dalam misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.
Pengesahan tersebut menjawab pelbagai pertanyaan dan spekulasi yang mula memenuhi media sosial sejak lebih sejam lalu.

Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Kog Rambai, Tanah Merah. Alhamdulilah semua Selamat

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#helikopter #PDRM #Tanah Merah
;