iOS 18 tampil ciri panggilan video kecemasan

Amanz
Jun 17, 2024 03:30 MYT
Panggilan kecemasan dilakukan menggunakan rangkaian yang disulitkan bagi memastikan privasi. -Amanz
IPHONE kelak boleh melakukan panggilan video kecemasan menerusi iOS 18.
Penguji iOS 18 beta menemukan ciri di mana bukan sahaja video boleh distrim terus kepada talian kecemasan, tetapi juga boleh menghantar video kepada mereka sekiranya diperlukan.
Dengan ini pemanggil yang sesat di hutan misalnya, boleh memberi video lokasi mereka bagi memudahkan mereka dijejak.
Panggilan kecemasan dilakukan menggunakan rangkaian yang disulitkan bagi memastikan privasi.
Ciri kecemasan ini tidak sama dengan ciri panggilan kecemasan menggunakan satelit. Ia dilakukan secara automatik apabila mengesan pengguna peranti terlibat dalam kemalangan.
Sebelum ini, ciri ini sekadar melakukan panggilan telefon automatik dan menghantar SMS kepada ahli keluarga terdekat lengkap dengan lokasi GPS. -Amanz
#iPhone #panggilan video kecemasan #iOS 18 #video lokasi