Hebahkan cara lupus al-Quran rosak akibat banjir - PPIM
Bernama
Januari 7, 2015 07:48 MYT
Januari 7, 2015 07:48 MYT
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa agama menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskah al-Quran dan buku-buku agama yang rosak akibat banjir.
PPIM berkata sepanjang misi membantu mangsa banjir baru-baru ini, sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskah al-Quran yang musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.
Dalam kenyataan Rabu, PPIM mencadangkan supaya kitab suci umat Islam dan buku agama yang rosak itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab.
"Kami berharap orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum dalam menguruskan al-Quran seperti yang disyariatkan dalam Islam," kata PPIM.
#Al-Quran
#Alor Setar
#banjir
#Kedah
#Kelantan
#Muhyiddin Yassin
#Pahang dan Perlis
#Perak
#terengganu