Banjir lumpuhkan Hospital Kota Bharu

Hilal Azmi
Disember 27, 2014 09:40 MYT
Kenderaan ini digunakan untuk proses pemindahan pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 - Astro AWANI / Hilal Azmi
Kejadian banjir di Kelantan telah melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.
Air yang naik melimpah ke kawasan hospital menyebabkan kesemua perkhidmatan kritikal di sana telah dipadamkan demi keselamatan.
Bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan selamat dan mendapat rawatan terbaik, pihak hospital berusaha memindahkan pesakit keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab 2 ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Astro AWANI difahamkan kebanyakan petugas hospital telah bertugas selama lebih 36 jam untuk usaha ini.
“Kita pindahkan pesakit kerana telah mendapat maklumat awal bahawa bekalan elektrik akan ditutup. Pihak Tenaga Nasional Berhad telah menghantar set janakuasa untuk membantu kita” kata Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab 2. Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan ketika ditemui Astro AWANI.
Dr Ghazali turut memberitahu, setakat ini sebanyak 200 kakitangan yang berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2.
Setakat ini, kebanyakan mangsa dipindahkan menggunakan kenderaan bomba dan juga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

2:20pm kenderaan ini digunakan utk proses pemindahan pesakit di HEPZ2. #BanjirKelantan @501Awani pic.twitter.com/pewhhSdnSq

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1:50pm Bayi 3 bulan dari inkubator sedang dipindahkan dari HRPZ2 ke HUSM. #BanjirKelantan @501Awani pic.twitter.com/eRERU0bRMl

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Alor Setar #banjir #Kedah #Kelantan #MyBanjir #Pahang #Perak #Perlis #terengganu