Banjir di Perak semakin pulih, Kelantan kekal

Bernama
Januari 17, 2015 15:25 MYT
Seorang kanak-kanak sedang menangguk ikan dihadapan rumahnya ketika banjir beransur surut. - fotoBERNAMA
Banjir di Perak semakin pulih malam ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri itu menurun kepada 579 orang berbanding 666 orang petang tadi, manakala Kelantan kekal dengan 520 orang seperti pada sebelah petang.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di dua negeri terjejas banjir itu menurun daripada 1,186 orang petang tadi kepada 1,099 malam ini.
Di PERAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata tujuh pusat pemindahan masih dibuka di tiga daerah negeri itu dengan Perak Tengah menempatkan 438 orang, Hilir Perak (107) dan Hulu Perak (34).
Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata 12 pusat pemindahan masih dibuka di Kuala Krai yang menempatkan 490 orang daripada 109 keluarga manakala di Machang, 30 orang melibatkan lapan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Temangan.
#banjir #Kelantan #Perak