Apple dijangka bawa perubahan rekaan antara muka pada iOS 19
Amanz
Mac 11, 2025 16:00 MYT
Mac 11, 2025 16:00 MYT
Apple merancang perubahan besar pada antara muka iOS 19, termasuk iPhone, iPad, dan Mac. -Gambar fail/Reuters
SUDAH sekian lama sistem operasi iOS yang menguasakan iPhone tidak membawa perubahan pada antara muka.
Ringkasan AI
- Apple merancang perubahan besar pada antara muka iOS 19, termasuk iPhone, iPad, dan Mac.
- Perubahan ini akan berasaskan VisionOS, dengan rekaan ikon, menu, aplikasi, dan tetingkap yang baharu.
- Perubahan ini bertujuan memudahkan pengguna mengawal peranti mereka, dan akan diumumkan pada acara WWDC sekitar Jun.
Kali terakhir kita melihat perubahan drastik pada antara muka iOS adalah pada ioS 7 yang lepas.
Terbaharu, mengikut laporan Bloomberg, Apple merancang untuk memperkenalkan perubahan besar pada antara muka iOS melalui kemas kini iOS 19 yang akan datang pada tahun ini.
Perubahan antara muka ini akan meliputi peranti iPhone, iPad dan juga pada komputer riba Mac melalui MacOS.
Ia dikatakan sejumlah elemen akan berasaskan kepada VisionOS, dan Apple akan membawa perubahan pada rekaan ikon, menu, aplikasi, tetingkap, dan sebagainya.
Perubahan ini dijangka menyasarkan pengguna lebih mudah untuk mengawal peranti mereka berbanding sedia ada.
Apple kebiasaannya akan mengadakan acara tahunan WWDC sekitar Jun, di mana kita mungkin melihat terlebih dahulu rekaan yang akan ditawarkan mereka melalui kemas kini antara muka ini. -Amanz